Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Persepsi
guru tentang faedah belajar melalui bermain. Pendidikan tadika adalah
peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas
pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru
tadika haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan
kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus
memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek
perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan
aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh
menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran
yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah
belajar melalui bermain .Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan
aktiviti ini memerlukan kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah
mempunyai perancangan yang perlu disediakan. Ini sesuai dengan pendapat
Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu
dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur.
Berhubungkait
dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham
kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini
menunjukkan mereka berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila
dapatan kajian melalui pemerhatian yang dibuat di kelas tadika yang
menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak
dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid
terlalu ramai dan tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti
misalnya 45 orang kanak-kanak dan tiada pembantu untuk membantu guru
melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang memerlukan pembantu
membantu guru.
Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh
guru-guru tadika dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat
menyaksikan guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil
bermain, sedangkan belajar sambil bermain berperanan menyuburkan lagi
perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini jelas dapat diperlihatkan
dalam perkembangan motor di mana dengan adanya keseimbangan dan
pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak
itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.
Seperti
yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan
memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang
sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di
antara guru yang baru menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan
tentang kaedah-kaedah bagaimana hendak menjalankan aktiviti kanak-kanak
di samping bagaimana untuk memperkembangakan seluruh potensi mereka.
Dapatan
kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat
kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui
perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk
dilaksanakan kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai
pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan aplikasikannya di
samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat aktiviti
belajar melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.
Pendidikan
prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam
proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi
perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran
inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang
dan tertekan.
Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:
· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Caplan dan
Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek
di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman
tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal
yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan
perlumbaan misalnya.
Selain itu bermain adalah satu bentuk
kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan
punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen)
menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri
tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari
segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku
yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa
yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein,
dan Vendenberg (1983).
Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;
“Pertama,
main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya
untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan
dengan main mestilah ada
kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus
1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa
dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol
dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi
dunia sebenar.
Perkembangan Fizikal dapat dikuasai
melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan
menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti
pergerakan lokomotor kreatif.
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Oleh
itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam
aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak
dalam melakukan aktiviti fizikal.
2 comments:
Memang murid suka bermain sambil belajar~ ini akan menjadikan murid lebih berminat belajar
memang benar murid lebih berminat bermain sambil belajar. Pendekatan ini membolehkan semua murid terlibat dan ingin mencuba sesuatu yang baru bagi mereka...
Post a Comment